Maktab Perguruan Tuanku Bainun

14000 Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tel: 04-5215227 Fax: 04-5214955


Prasarana Maktab:

Dewan perhimpunan

Bangunan Pentadbiran

Bilik Pembelajaran Dewan Kuliah

Pusat Sumber

Asrama

Surau

Astaka sukan

Kantin

Kafeteria

Kuarters kakitangan

Bangunan GERKO

Gimnasium

Bangunan persatuan & kelab

Pra Sekolah

Stor

Garaj Kenderaan

Padang Permainan

Visi Maktab.

Bagi menyedia dan melaksanakan Program Pendidikan Guru seperti yang digariskan dan dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Bahagian Pendidikan Guru selaras dengan aspirasi pendidikan di Malaysia yang menuju ke arah Kecemerlangan Akademik , Ko-kurikulum dan peribadi.

Misi Maktab

Mampu mengguna teknologi terkini dalam pedagogi serta cekap dan mahir dalam mengurus/ mengakses dan mengguna maklumat

Berdaya saing, komited terhadap tugas dan bijaksana dalam tindakan.

Mempunyai keperibadian mulia dan beretika.

Unggul dan kotemporari dalam komuniti.

PIAGAM PELANGGAN

1. Memberi perkhidmatan profesional kepada guru pelatih dalam bidang tugas dan tanggungjawab pendidikan.

2. Menyempurnakan kurikulum dan kokurikulum kursus dua minggu sebelum tarikh peperiksaan bagi setiap kumpulan.

3. Memulakan sesi kuliah pada hari pertama bagi setiap permulaan semester.

4. Mematuhi peruntukan jadual waktu kuliah dan gerak kerja kokurikulum (GERKO) yang telah ditetapkan oleh pihak maktab.

5. Mematuhi jadual penyeliaan praktikum dan menyerahkan markah kepada Setiausaha Peperiksaan seminggu selepas tamat praktikum.

6. Melahirkan guru-guru pelatih yang berketrampilan dalam bidang pendidikan serta bersifat kreatif, inovatif dan ithlizam dalam tugas dan tanggungjawab mereka.

7. Memastikan elaun guru pelatih dibayar tidak lewat daripada 10 haribulan pada setiap bulan. 8. Menentukan peraturan kewangan maktab dilaksanakan dengan wajar dan sempurna.

9. Memaklumkan maklumat pendidikan terkini kepada semua pihak yang berkaitan.

10. Memastikan semua pelanggan diberi layanan sewajarnya mengikut budaya masyarakat yang unggul.

11. Memberi latihan peningkatan kepada guru pelatih mengikut keperluan.

Pembinaan Maktab perguruan Tuanku Bainun, Mengkuang, Bukit Mertajam siap sepenuhnya pada awal tahun 1993. Keluasan kampus ini adalah 66.38 ekar dan kos pembinaan ialah RM 38 juta. Kampus maktab ini merupakan kampus yang termoden dan dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan bagi kakitangan dan guru pelatih.

Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun pada 18 April 1994. Perasmian maktab ini merupakan hari bersejarah dan ianya telah dihadiri oleh tokoh-tokoh seperti Tuan Yang Terutama Gabenor Pulau Pinang, YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Menteri Pendidikan, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pengetua Maktab Perguruan dari seluruh Malaysia.

Antara kemudahan yang dimiliki oleh maktab ini termasuklah sebuah dewan perhimpunan yang boleh menampung 1,000 orang, astaka sukan yang mengandungi satu padang bola sepak dan trek larian 400 meter, gimnasium, gelanggang sukan terbuka, 5 blok asrama, surau, kuarters dan rumah kakitangan, kafetaria, kantin, Pusat Sumber, bangunan prasekolah, 2 buah dewan kuliah, 3 blok akademik dan bengkel.

Ambilan pertama seramai 376 orang guru pelatih telah melaporkan diri pada 1 disember 1992. Pengkhususan yang ditawarkan bagi pengambilan pertama ini ialah Pengajian Melayu, Pengajian Inggeris, Pengajian Cina, Pengajian Matematik dan Pengajian Muzik. Kumpulan ini merupakan kumpulan pertama menerima sijil perguruan mereka dan anak sulung serta perintis maktab ini. Pengambilan kedua guru pelatih seramai 459 orang dalam 14 unit telah mendaftar diri di maktab ini pada Julai 1993.

Kursus yang ditawarkan ialah Pengajian Melayu, Pengajian Inggeris, Pengajian Cina, Pengajian Matematik, Pengajian Muzik dan kursus baru iaitu Pengajian Agama Islam dan Pengajian Tamil. Pada bulan Disember 1993 seramai 229 guru pelatih baru telah melaporkan diri. Bagi sesi ini satu lagi kursus baru telah diperkenalkan di maktab ini iaitu Pengajian Sains. Bilangan pelatih yang berdaftar semasa maktab ini dirasmikan adalah seramai 1063 orang, sementara tenaga pengajar pula berjumlah 73 orang. Selain itu, bilangan staf sokongan adalah 38 orang.

Seramai 540 guru pelatih baru untuk sesi 1994/1997 dalam 18 unit telah mendaftarkan diri pada Julai 1994. Mulai sesi ini kumpulan pertama guru pelatih untuk Kursus perguruan Sekolah Menengah Kemahiran Hidup tambahan (PSM-(KMT)), Kemahiran hidup Ekonomi Rumahtangga (KH-(ERT)) dan Kemahiran Hidup Pertanian (KH-(P)) telah memulakan pengajiannya. Pada tahun 1996 berakhirlah kursus KPA dan pengambilan pertama Kursus Diploma Perguruan Malaysia.

Kumpulan ini sekarang ialah perintis kepada Kursus Diploma Perguruan Malaysia (DPM) dan kumpulan kedua DPM telah mendaftar diri pada bulan Julai 1997 diikuti kumpulan ketiga DPM pada bulan Julai 1998. Sejak diasaskan, maktab ini telah mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Kejayaan ini telah dicapai sejak Pengetua yang pertama lagi iaitu En. Adnan bin Abd. Rahman. Ini diikuti pula oleh En. Ariffin bin Yahaya yang memulakan tugas pada 1994.

Dengan sokongan semua warga maktab dan pentadbiran MPTB akan terus maju dan berjaya melahirkan bakal guru yang cemerlang dalam semua bidang.


 LIST OF TEACHER TRAINING COLLEGES AND INSTITUTES IN MALAYSIA
Institut Bahasa
Maktab Perguruan Batu Lintang
Maktab Perguruan Batu Pahat
Maktab Perguruan Besut
Institut Perguruan Darul Aman
Maktab Perguruan Gaya
Maktab Perguruan Ilmu Khas
Maktab Perguruan Ipoh
Maktab Perguruan Islam Bangi
Maktab Perguruan Keningau
Maktab Perguruan Kent
Maktab Perguruan Kinta Ipoh
Maktab Perguruan Kota Bharu
Maktab Perguruan Kuala Terengganu
Maktab Perguruan Mohd. Khalid
Maktab Perguruan Perempuan Melayu
Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang
Maktab Perguruan Raja Melewar
Maktab Perguruan Rajang
Maktab Perguruan Sains Bintulu
Maktab Perguruan Sandakan
Maktab Perguruan Sarawak
Maktab Perguruan Sri Kota
Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim
Maktab Perguruan Teknik
Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim
Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan
Maktab Perguruan Tuanku Bainun
 

INDEX : Tawau Teacher College  September 06, 2016 04:47:04 PM

hits counter