SECONDARY SCHOOLS IN TAWAU > Sekolah Menengah Kebangsaan Agaseh
"STANDING UP AS A CHAMPION"
Sekolah Menengah Kebangsaan Agaseh,
Peti Surat 60254,
91112 Lahad Datu, Sabah
Tel & Faks:- 089 - 881836
agaseh_ku@yahoo.com
PROGRAM RAKAN ALAM SEKITAR PERINGKAT PARLIMEN P188 SILAM
By silamgemilang
PROGRAM RAKAN ALAM SEKITAR PERINGKAT PARLIMEN P188 SILAM
Tarikh : 23hb / Julai / 2009 Tempat Dewan Sri Budiman SMK Agaseh, Lahad Datu.
Perasmian Oleh : YB. Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi, Ahli Parlimen Malaysia
Merangkap
Duta Keamanan PBB
LAHAD DATU- Program ini disempurnakan oleh YB. Tuan Hj. Salleh Haji Kalbi, Ahli
Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB beliau berkata; Setiap
rakyat perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
Perubahan cuaca yang ekstrem, yang ada kaitan dengan fenomena cuaca luar biasa,
kawasan pesisir pantai yang semakin terancam, pencairan glasier, peningkatan
kandungan asid di dalam air laut, gelombang panas dan perubahan tabii’ haiwan
dan tumbuh-tumbuhan adalah tanda-tanda amaran pemanasan global. Pembakaran bahan
api fosil yang berlebihan untuk menghasilkan tenaga menyebabkan peningkatan
pelepasan karbon dioksida ke atmosfera yang turut menyumbang kepada pemanasan
global.
Program Rakan Alam Sekitar peringkat Parlimen P188 Silam bertujuan memberi
kesedaran alam sekitar disetiap lapangan masyarakat hingga ke akar umbi. Rasa
tanggungjawab dikalangan masyarakat untuk bertindak dan mengambil bahagian dalam
menjaga alam sekitar. Masyarakat umum perlu melaporkan atau aduan kepada Jabatan
Alam Sekitar jika berlaku pencemaran yang boleh merosakkan pemandangan.
Keadaan persekitaran kita semakin berubah. Walaubagaimanapun, situasi ini boleh
diperbaiki sekiranya peka dan prihatin terhadap isu pemanasan global dengan
mengamalkan amalan mesra alam bagi menjamin kelestarian alam untuk generasi akan
datang.
Amalan menjaga kebersihan merupakan satu tuntutan agama Islam. Oleh itu, setiap
individu memainkan peranan untuk menjaga kebersihan Bandar supaya keindahan dan
keceriaan dapat di adaptasi secara optimum. Pelbagai kempen telah diadakan
seperti gotong royong perdana,ceramah dan program Rakan Alam Sekitar. YB. Salleh
berkata; Pelancong yang datang ke Silam akan merasa selesa,senang dan akan
mengkhabarkan kepada rakan-rakannya bahawa keindahan Silam sebagai pusat Bandar
pelancongan amat bersih dan mempunyai udara nyaman.Matlamat ini mudah tercapai
jika setiap individu memberi kerjasama padu bagi menjaga kebersihan.
Seorang pelajar SMK Agaseh bernama Rudy mengajukan soalan kepada Proffesor Dr.
Selmijah Shurif dari UKM berhubung penjagaan alam sekitar. Selmijah berkata ;
penerapan nilai-nilai murni dan kempen-kempen kebersihan yang melibatkan
institute masjid,sekolah,kampung-kampung penting bagi mencapai kejayaan Bandar
bersih. YB. Salleh berkata; Sebanyak 9 buah sekolah mengikuti pertandingan
Rekacipta. Syabas dan tahniah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan di Parlimen
Silam yang menyertai pertandingan rekacipta dari bahan terbuang dimana Johan
dimenangi oleh Sekolah SMK Silabukan dengan membawa pulang cek
RM6,000.00.Sekolah yang lain masing-masing menerima RM1,000.00 sebagai saguhati.
Pengadil bagi pertandingan ini terdiri daripada 13 orang professor Doktor dari
UKM yang sedang membuat kajian penyelidikan pembangunan rakyat (PROPER) P188
Silam.
Turut hadir sama Shazly Abd. Rahim Ketua Cawangan Jabatan Alam Sekitar, Cawangan
Tawau, Proffesor Dr. Musa ahmad Dekan Fakulti Sains dan Teknologi UKM dan
seramai 13 orang professor Doktor dengan kepakaran masing-masing, Murukesu A/L
M. Margapandu Pengetua SMK Agaseh, Jabatan kerajaan Persekutuan dan negeri dan
pelajar-pelajar serta orang ramai.
ARMENDRAH ABDUL RASHID
Penganalisis SilamGemilang
RELATED TOPICS
馬 來 西 亞 獨 立 中 學 網 聯
MALAYSIA CHINESE INDEPENDENT SCHOOLS
Primary Schools in Tawau, Malaysia
GOVERNMENT SECONDARY SCHOOLS in Tawau
in Tawau Division, Malaysia
Malaysian Schools Education |